Sunday, 1 February 2015

40 pelajar diserang histeria serentak

HAFSAH (berpakaian hitam) melakukan proses rawatan dengan bacaan ayat al-Quran
Kota Tinggi : Sesi pembelajaran sebuah sekolah, di sini, terjejas sejak Rabu lalu selepas pelajar dan gurunya dikejutkan dengan kejadian histeria membabitkan kira-kira 40 pelajarnya yang berlarutan sehingga semalam.
Difahamkan, kejadian itu bermula sejak minggu lalu sehingga sesi pembelajaran di sekolah itu tidak dapat berjalan seperti biasa.
Kejadian histeria itu dianggap terburuk melanda sekolah terbabit hingga mereka terpaksa minta bantuan seorang pengamal perubatan Islam dari sebuah pusat rawatan Islam di Johor Bahru untuk merawat pelajar berkenaan.
Penaung Pusat Rawatan Islam Zahratus Syifa’ Hafsah Ahmad berkata, pihaknya dipanggil seorang guru sekolah itu untuk mendapatkan bantuan rawatan selepas mendakwa beberapa orang pelajar sekolah terbabit terkena gangguan histeria.
Menurutnya, dia hadir dengan berbekalkan bacaan ayat al-Quran dan air zam zam untuk mengubati sebagai ikhtiar menghalau makhluk halus yang mengganggu pelajar sekolah itu terutamanya perempuan.-Mymetro

GEMPAR!! Doktor rawat Nik Aziz terkejut, dakwa tak pernah terjadi kepada pesakit lain

1

DICERITAKAN dalam tazkirah oleh Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani (anak sedara Datuk Nik Abdul Aziz Nik), bahawa doktor telah bagi taklimat kepada ahli keluarga terdekat dn telah memaklumkan, Nik Aziz telah diserang oleh kuman ke paru-pparu dan sudah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak.
Doktor minta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yang paling kuat) oleh doktor yg merawatnya.
Menurut doktor yg merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang itu sedar, untuk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat boleh disuntik.
Sesuatu yang ajaibnya, walaupun setelah beliau pengsan dan ubat dimasukkan (sudah dua malam beliau dipengsankan)  apabila tepat jam 4 pagi akan bangun bertahajjud (amalan yg tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula, begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu.
Dalam keadaan sakit yg sangat kritikal, tp masih membangunkan hambanya yg dikasihi utk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya.
Menurut doktor yg merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini tak pernah berlaku kepada pesakit lain sebelum ini.

Masjid untuk Muslimah di AS

MUSLIMAH menunggu solat Jumaat dimulakan
Los Angeles: Lebih 100 Muslimah berhimpun untuk menunaikan solat Jumaat di masjid yang dikhususkan bagi wanita di bandar ini, baru-baru ini.
Masjid khas untuk wanita lazim dilihat di China, Chile dan India, namun itu kali pertama ia diadakan di Amerika Syarikat (AS).
Solat Jumaat untuk wanita yang lalu turut menjadi pelancaran Masjid Wanita Amerika, organisasi tanpa keuntungan yang turut diharap dapat menyediakan ruang untuk wanita Islam bertemu, mendalami agama serta merapatkan hubungan persaudaraan.
Pakar kardiologi Yasmeen Ruhge yang menghadiri solat Jumaat itu berkata, selama ini mereka tiada forum khas.
“Apabila menghadiri masjid bersama kaum lelaki, sudah pasti kami perlu duduk berasingan.
“Di masjid ini kami boleh duduk serta berbincang dengan bebas seterusnya mewujudkan persekitaran yang secara tidak langsung mengukuhkan peranan kami sebagai wanita Islam,” katanya -Agensi

(GAMBAR) DATUK SITI NURHALIZA COMEL BERPAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH. WOW!!!

Senyuman mu Datuk Siti, boleh terbawa-bawa dalam mimpi. Amacam comel kan Tok Ti kita pakai baju sekolah. Jadi pengawas pulak tu.
Sebenarnya, Datuk Siti Nurhaliza berpakaian seragam pengawas sekolah ini adalah bersempena Majlis Perjumpaan dan Sambutan Ulangtahun ke-11 SITIZONE yang bertemakan Back to School.
Turut sama menghadiri majlis ini adalah suami Datuk Siti iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali dengan Datuk K disamping para peminat setia Datuk Siti yang sentiasa menyokongnya daripada awal terlibat dalam dunia seni sehinggalah hari ini. 
Berikut merupakan gambar-gambar yang mereka kongsikan bersama peminat dan live update dari Hafizatanpictures.















Cara Memutihkan Ketiak Hitam Cara Tradisional



Suka atau tidak, jika ketiak warna hitam, wanita biasanya akan rasa rendah diri. Walaupun ketiak itu berada di tempat yang sulit dan tidak boleh dilihat dengan mudah, hati tetap rasa tidak selesa.



Bagi yang sudah bersuami, pasti malu jika suami ternampak ketiak si isteri yang berwarna hitam. Bagaimanakah cara menghilangkan ketiak hitam ini?
1. Guna kapur sireh dan sebiji limau nipis

Ini petua menghilangkan ketiak hitam yang pertama. Campurkan kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati dalam satu bekas atau piring. Sapukan campuran tadi di kawasan ketiak anda. Biarkannya lebih kurang dalam 15 minit. Lakukannya selepas mandi dan amalkan setiap hari selama seminggu. Ulang selang sehari minggu berikutnya.

Bukan setakat yang hitam itu kurang, ketiak juga sudah tida berbau lagi. Boleh juga sapukan di leher dan celah paha. Pastikan kalau ada rasa pedih, luka atau melecet, berhenti serta-merta dan bilas dengan air.
2. Guna buah betik

Ini antara cara menghilangkan ketiak hitam yang diambil dari majalah Mingguan Wanita. Katanya, parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
3. Guna sireh dan beras

Juga dari Mingguan Wanita. Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha.

Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.
Ketiak Hitam Ketika Mengandung

Bagaimana pula kalau ketiak hitam saat hamil? Adakah ini normal, ditambah lagi dengan rasa gatal dan berbau? Ada orang kata, kalau ketiak hitam, tandanya anak lelaki? Benarkah?

Mengikut pengalaman beberapa orang yang sudah mengandung beberapa kali, mereka biarkan sahaja. Ketiak hitam terjadi kerana perubahan hormon. Tidak ada petua khusus untuk menghilangkan ketiak hitam untuk ibu mengandung.

Walaupun nampak bagaikan ada jalur lipatan, tidak perlu buat apa-apa. Nanti, selepas bersalin, ketiak hitam akan hilang dengan sendiri. Biasanya, mengambil masa lebih kurang 2-3 bulan selepas habis pantang. Sekali lagi diingatkan, tidak perlu risau kerana ia adalah normal. Juga, tidak perlu bazirkan beli sabun yang macam-macam ada dipasaran. Ia tidak akan hilang!

Malu? Tidak perlu. Doktor dan jururawat juga tidak hairan dengan ketiak anda yang hitam itu. Suami pula mesti positif, jangan jauhkan diri dari isteri semata-mata ketiak hitam!

Selamat mencuba! 

WOW!! GAYA HIDUP MEWAH ANAK-ANAK JUTAWAN


Many people may think that being a millionaire is an easy task, and that is when you have a lot of money is quite difficult to find things to spend it (hopefully note sarcasm). To the envy of many (including me) I bring these images we see as is the life of some of the people with more money in the world














SEBAB KENAPA KITA KENA SELALU BACA DAN MENDENGAR AL-QURAN


Sebagai umat Islam, seperti yang kita semua ketahui bahawa rukun Iman adalah asas dan sendi kepercayaan kita kepada agama Islam yang kita anuti.

Dengan mempercayai apa yang diwajibkan kepada kita, maka baharulah dinamakan kita beriman kepada Allah SWT. Ini kerana, di dalam Islam ada perkara-perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar tetapi wajib dipercayai dengan sepenuh hati. Ia adalah perkara-perkara samiyyat (yang hanya didengar).

Oleh itu, seseorang yang tidak meyakini akan perkara-perkara ghaib di dalam Islam, maka mereka sebenarnya tidak beriman kepada al-Quran dan selanjutnya mereka tidak beriman kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan pastinya mereka tidak beriman kepada Allah SWT yang mewahyukan al-Quran itu.

Natijah daripada keimanan kepada yang ghaib ini sangat penting, iaitu menjadikan muslim itu sentiasa berwaspada dalam kehidupannya. Ini kerana, setiap perbuatannya di atas dunia ada implikasinya di akhirat, iaitu sama ada akan dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT ataupun dicampakkan ke dalam neraka, wal’iyazubillah!

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.
AL QURAN DAN PENYEMBUHAN

Saintis baru-baru ini mendapati bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka.

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau.

Penelitiannya dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran eletrik.

AL QURAN DAN SEL KANSER

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

AL QURAN DAN MOLEKUL AIR

Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Jika anda membaca Al-Quran pada air, ciri-ciri air akan berubah dan bila air ini diminum, ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

AL QURAN DAN KETENANGAN

Kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.

Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberitahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur’an.

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur’an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur’an.

Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur’an dan mendapatkan

ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur’an.

AL QURAN DAN VIRUS

Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.

AL QURAN DAN BAYI

Al-Qur’an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.

Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur’an dari tape rekoder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur’an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.