Sunday, 5 October 2014

PANAS!!! KHALID IBRAHIM MERAJUK, KOSONGKAN KERUSI DUN!!!

Khabar angin kini bertiup kencang mengatakan kerusi DUN Pelabuhan Klang bakal dikosongkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dalam masa terdekat.

Menurut sumber terdekat Khalid pernah meluahkan hasratnya untuk melepaskan jawatan yang dimenanginya susulan tekanan yang diterima selepas dipecat dari PKR.
 "Sebelum Tan Sri Khalid meninggalkan pejabat SUK baru-baru ini, beliau ada merancang untuk meletak jawatannya sebagai wakil rakyat di Selangor sebaik sahaja pulang dari bercuti di luar negara.
 "Beliau mungkin akan mengumumkan peletakan jawatannya sebelum Dun Selangor bersidang pada bulan depan," katanya kepada Sinar Harian Online ketika diminta mengulas desas-desus mengatakan Abdul Khalid bakal meletakkan jawatan tidak lama lagi.
Bagaimanapun khabar angin yang bertiup kencang sejak beberapa hari lalu dinafikan Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh sambil mengatakan pihaknya belum menerima sebarang notis peletakan jawatan Adun Pelabuhan Klang itu.

"Saya tak dengar apa-apa pun, saya juga tidak terima apa-apa dokumen (notis letak jawatan) daripada beliau, tak ada," katanya.

Ditanya mengenai keperluan memanggil Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berhubung gesaan mengkaji semula semua perjanjian yang ditandatangani pentadbiran lalu, beliau berkata semakan itu tidak dilakukan Selcat sebaliknya ia sedang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

"Tiada lagi, yang mengatakan hendak menyemak (perjanjian air) ialah menteri besar dan Exco, bukan Selcat.

"Sekarang, tiada apa-apa rancangan untuk Selcat memanggil mengenai isu ini, buat masa sekarang, pihak eksekutif atau menteri besar yang sedang menyemak perkara ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

No comments:

Post a Comment