Semua orang tahu Datin Rosmah ialah isteri kedua DS Najib. Bekas isteri PM Malaysia, Dato Seri Najib ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan.
Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.
Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin?
Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah beliau dengan Najib mungkin masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib.
Dahulunya ketika beliau masih menjadi isteri Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.
Mungkin ada juga yang tak tahu, bekas suami Datin Rosmah Mansor ialah Farid Ismeth Emir iaitu pembaca berita Dunia Jam 10 RTM1. Antara anak perempuan Datin Rosmah Mansor dan Farid Ismeth ialah Azrene Soraya iaitu isteri kepada penyanyi yang juga pakar motivasi terkenal Dr Fazley.
Anda percaya entry tersebut?Untuk pengetahuan pembaca..nama penuh isteri Dr Fazley ialah Azrene Soraya binti Abd Aziz so macamana ayahnya adalah Farith Isthmeth Emir..
kadang-kadang internet ni banyak yang infonya salah...jangan percaya bulat-bulat apa yang anda baca...Admin berminat dengan post ini dan share pada anda...
Sekian..
No comments:
Post a Comment